Home Current News News Archive Shop/Advertise Ridecamp Classified Events Learn/AERC
Endurance.Net Home Ridecamp Archives
ridecamp@endurance.net
[Archives Index]   [Date Index]   [Thread Index]   [Author Index]   [Subject Index]

[RC] [Endurance Riding: News] Hujan Bukan Halangan Buat Yang Di PertuanAgong - Ridecamp

Oleh: Farezul Fadzal

Klik Untuk Besarkan Gambar

Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meredah hujan ketika menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Lembah Bidong. - Gambar ZULKIPLI PUTRA.


Hujan lebat selepas beberapa minit kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 berlangsung sedikit pun tidak mematahkan semangat Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin meneruskan cabaran sejauh 160km.

Tidak ketinggalan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan hadir sambil memberi semangat kepada Sultan Mizan.

Semangat seperti itu menjadikan acara berkenaan bertambah sengit terutamanya apabila acara tersebut turut disertai oleh peserta terbaik dunia, Maria Alvarez Ponton dari Sepanyol.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata Terengganu Endurance International Park (TEIP) merupakan antara lokasi sukan kuda lasak terbaik di dunia pada ketika ini.

Kata-kata tersebut turut sama diakui oleh peserta luar negara yang menyertai pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2007 di Lembah Bidong.

“Kejohanan kali ini menjadi penanda aras kepada kemampuan Terengganu dalam menganjurkan kejohanan yang sama pada peringkat dunia pada 2008 nanti,” kata Dato’ Seri Idris kepada media ketika ditemui pada pada upacara pelepasan peserta pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Lembah Bidong, hari ini (10 November).

Upacara pelepasan acara berkenaan turut disempurnakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh.

Hadir sama menyaksikan upacara berkenaan, Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja, Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO Negeri, Dato’ Din Adam; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Dato’ Wan Hisham Dato’ Wan Salleh.

Acara yang disertai 38 peserta memulakan cabaran dengan pelbagai rintangan antaranya hujan lebat dan meneruskan acara sehingga lewat pagi bagi menamatkan acara sejauh 160km dan para peserta dijangka menamatkan acara berkenaan pada jam 11.30 pagi esok.

Unit Komunikasi Negeri.
Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris mengibar bendera ketika membuat pelepasan peserta acara 160km pada kejohanan berkenaan.
Klik Untuk Besarkan Gambar
Peserta memulakan cabaran selepas upacara pelepasan.


--
Posted By Ridecamp to Endurance Riding: News at 11/10/2007 09:24:00 AM